Friday 1 July 2011

Anak IUI


     2 tahun  6 bulan perkahwinan akhirnya aku dikejutkan dengan berita yang menggembirakan. Akhirnya..berhasil juga..Aku takut kerana 2 orang kakak aku telah lama mendirikan rumahtangga tetapi masih tiada cahaya mata. Bukan disebabkan keturunan kerana keturunan mak dan ayah aku sememangnya tidak ada yang macam tu..Aku ambil keputusan untuk tidak mencuba kaedah lain lagi seperti berurut ataupun mencuba pelbagai produk yang berada di pasaran..Aku membuat pemeriksaan(kesuburan) di HKL bersama suami dan doktor mengesahkan aku dan suami tidak ada masalah apa2..doktor memberi temujanji pada aku untuk membuat HSG bagi mengenalpasti kemungkinan rahim tersumbat atau tidak.

Apa itu HSG??
HSG (hysterosalpingogram) adalah ujian sinar-X (untuk melihat bahagian dalam uterus dan tiub fallopio dan kawasan di sekeliling). Hasil keputusan HSG, doktor mengesahkan rahim aku tidak tersumbat cuma kedudukan rahim aku kebelakang (lebih kurang la ..). Doktor menyarankan supaya aku membuat IUI.

Apa itu IUI??
IUI (Inseminasi Intrauterine) adalah prosedur meletakkan sperma dalam rahim wanita untuk memudahkan persenyawaan. (Matlamat IUI adalah untuk meningkatkan bilangan sperma yang sampai ke tiub fallopio dan seterusnya meningkatkan peluang persenyawaan.)
          Ramai yang berkata bahawa IUI adalah prosedur menyakitkan tetapi sebenarnya ia bergantung kepada individu. Bagi aku, ia tidak menyakitkan..Kadar kejayaan adalah berbeza. Aku banyak berkongsi masalah dan pendapat, ada yang mengandung selepas 4 kali percubaan dan ada jugak yang tidak pernah berjaya. Bagi aku, aku bernasib baik kerana  mengandung dengan hanya sekali percubaan. Pada kawan-kawan yang senasib dengan aku, jangan berputus asa.. pada aku apa yang penting adalah kesabaran dan usaha..

     SABAR..memang sukar untuk menghadapinya..kadang2 hal inilah yang membuat pasangan suami isteri bergaduh di antara satu sama lain. Ada yang menuduh di antara satu sama lain. Mandul.. memang sentiasa di mulut pasangan masing2..sunyi tanpa anak, adalah alasan yang sering digunakan buat kaum2 suami. Kadangkala, desakan daripada ibu si suami sendiri (keluarga mertua) memberikan tekanan pada pasangan. Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan??

     Aku membuat pemeriksaan di HKL pada awal Jan 2008, dan pada Nov 2008 aku dikejutkan dengan berita yang menggembirakan. Aku bernasib baik kerana mengandung dengan hanya sekali sahaja proses IUI dan aku juga bernasib baik kerana suami aku merupakan kakitangan kerajaan..jadi aku tidak perlu risau tentang kos bagi menjalankan IUI ini.
     Selama dalam proses 11 bulan ini, aku sedang bekerja di sebuah syarikat swasta (kontraktor)..aku banyak menggunakan masa pejabat untuk berulang-alik ke HKL. Aku sering masuk kerja lewat (tengahari)..tetapi aku telah memaklumkan kepada Project Manager dan akan siapkan kerja aku terlebih dahulu. Sedar tak sedar, rupa-rupanya kelonggaran yang aku dapat di pejabat tapak tidak disenangi oleh rakan sekerja (HQ) dan aku sering disoal dan diperli.. Hasad dengki ini sampai ke pihak admin dan pengarah urusan (HQ)..sehingga aku diberhentikan atas alasan tiada projek..(Ogos 2009)
     Selang 2 bulan aku diberhentikan, Alhamdulillah..aku disahkan mengandung. Tiada yang paling menggembirakan bagi aku melainkan berita ini. Syukur Ya Allah...Mungkin ini rezeki yang Allah ingin berikan pada aku..dan aku juga percaya, setiap kurniaan anak itu pasti ada rezekinya..dan percaya atau tidak, selang beberapa bulan aku telah telah ditawarkan menjadi kakitangan kerajaan. Alhamdulillah..inilah rezeki yang Allah berikan..    

4 comments:

  1. assalamualaikum..saya tumpang gembira dengan puan.berlainan pula pengalaman saya, saya dah berkahwin lebih kurang 5 tahun...tapi saya baru memulakan iui pada november 2011..di hospital kajang..yg terbaru saya menjalani IUI pada 4 january 2012...dan sekarang ni saya amat berharap ada berita gembira.....doakan saya semoga akan mendapat berita gembira seperti puan...Amin

    ReplyDelete
  2. seronoknya kak..jahat ye depa yang membuat dajal kat akak tu,sama2 kaum pun nak dengki..tapi lg best dapat kerja kerajaan tak? samelah kita dapat anak iui,seronok kan? saya pun tiga tahun kak tapi iui kali kedua saya berjaya....rezeki tuhan kak!!

    ReplyDelete
  3. tahniah sis..sy br buat iui pertama.ttp tdk berjaya..hrp masih ada hrpn utk sy dpt 2nd baby..

    ReplyDelete
  4. tahniah sis..sy br buat iui pertama.ttp tdk berjaya..hrp masih ada hrpn utk sy dpt 2nd baby..

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers