Friday 29 July 2011

"Jom Join Giveaway Gadis Desa"

TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2011


Hadiah memang menarik...nak tau apa hadiahnya...sila klik link di bawah ni...

Good LUck!!!

Mrs zz TAG kawan2 yang mesti suka dengan contest ni..



"1st Giveaway Mama Syima"


TARIKH TUTUP : 30 JULAI 2011

Kenapa Mrs zz nak join GA ni ye....
Sebab Mrs zz memang suka kumpul keychain dan Fridge Magnet ni..
Harap2 dapat dari Mama Syima...
CLICK TO JOIN

Mrs zz TAG kawan2 yang mesti suka dengan contest ni..

"RM338 ROOM CASH VOUCHER EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND"

TARIKH TUTUP : 30 JULAI 2011

Syarat utama mesti ada ID Facebook dan syarat2 yang lain spt..

Goog Luck...

Mrs zz TAG:

Contest "Aku Dan Dia" by Rizwan Ewan !!

TARIKH TUTUP : 30 JULAI 2011


Kenapa Mrs zz nak join contest ni ye....
Sebab Mrs zz nak menang lah..
Sape nak bagi top-up percuma ni....Tak pernah ada lagi la org bagi top-up percuma pada Mrs zz...
Mana tau Mrs zz dapat dari Rizwan Ewan ni....


Gambar sempena Hari Ibu..


Mrs zz TAG kawan2 yang mesti suka dengan contest ni..

Sunday 24 July 2011

"Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan"


TARIKH TUTUP : 27 JULAI 2011

Si Manja Saya Senyum

NAMA ANAK : MUHAMMAD IZZ DANIEL BIN MOHD AFIZI
UMUR ANAK : 1 TAHUN 11 BULAN
NAMA IBU : ZURAIDAH BINTI ZAKARIA


Mrs zz TAG :

:: LITTLE FINGERS AUGUST 2011 CONTEST ::


Tarikh Tutup : 31 OGOS 2011

Rugi kalau tak join..bukan senang nak dapat free header yang menarik dan kreatif oleh blogger hebat nih....Juga tak rugi kalau follow blog ni http://www.mamaaerish.blogspot.com/

Mudah Saja...Hanya sambung jer ayat nih....
eB, wa @ aku @ sayer @ i nk mintak HEADER satu sbb..................................... "

eB, saya nk mintak  HEADER satu sbb...header eB sememangnya cantik, menarik dan kreatif gitu...Memang memuaskan hati bagi sesiapa jer yang blogwalking ke blog eB...HEADER eB buatkan saya tak jemu2 tengok dan ia memberikan saya semangat untuk terus berblog..HEADER eB nnt akan menceriakan blog saya..
Harap sangat2 untuk dapat free header ni.. :-)

Mrs zz TAG :

Saturday 23 July 2011

"Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan"


TARIKH TUTUP : 27 JULAI 2011

Si Manja Senyum

NAMA ANAK : MUHAMMAD IZZ DANIEL BIN MOHD AFIZI
UMUR ANAK : 1 TAHUN 11 BULAN
NAMA IBU : ZURAIDAH BINTI ZAKARIA

Mama Dani TAG :

Friday 22 July 2011

~Langkawi Giveaway~

TARIKH TUTUP : 07 OGOS 2011

Hadiah Utama memang menarik...

Haa...Boleh la pakai di Hari Raya yang bakal menjelma nanti..
Saguhati pun ada...

Apa yang penting........Siapa pengadilnya....
Nak tau tak...Pemenangnya dipilih oleh siapa????
Bukan calang-calang orang tau...
JOM kita TENGOK!!!!!

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Jeng Jeng Jeng...........

Haa....ni la dia pengadilnya..
Si Cilik rupanya.....

Tunggu apa lagi...JOM lah kita ramai-ramai

Mrs zz TAG kawan-kawan yang mesti suka punya...


Najlaa 'Aqilah's Giveaway!



Tarikh Tutup : 6 OGOS 2011

Hadiahnyaaaaaaaaaaa....memang menarik!!!!
mmmphhhhh...Menarik kannnnnnnnnn
Jom lah kita follow http://najlaafir.blogspot.com/ dan
KLIK BANNER untuk join..

CEPAT!!! Sebelum Terlambat!!!!

Mrs zz TAG :

Tuesday 19 July 2011

GiveAway Cari Saya

Teka  & Dapat Hadiah!!!!!
Tarikh Tutup : 22 Julai 2011

Jom blogwalking ke  http://nurshahfamily.blogspot.com atau

Jom kita pakat-pakat cuba nasib...

Jawapan Saya : Arnab

TAG



Monday 18 July 2011

Contest Aksi Si Cilik

Contest Yang Menarik!!!!

Tarikh Tutup : 22 Julai 2011
Hadiah berupa set trial La Praise bernilai RM100

Aksi Si Cilik Mrs zz...

Semua mainan berbentuk kenderaan, mesti Dani nak naik dan duduk..mmphh..



Cepat blogwalking ke http://umiharizahin.blogspot.com atau

Mrs zz TAG




Ujian Warna!!!!

Cuba tengok Chart di bawah dan sebut COLOUR bukan Perkataan

YELLOW   ORANGE   BLUE
BLACK   GREEN   RED
YELLOW   PURPLE   RED
ORANGE   GREEN   YELLOW

Konflik Kanan-Kiri

Otak Kanan Anda Cuba Mengatakan Warna Tapi
Otak Kiri Anda BerkerasUntuk Membaca Perkataan

Hanya Di Mulut....~..Kata Aku..~

Satu perkataan yang paling mementingkan diri sendiri
I (saya)
Jauhkannya

Dua perkataan yang paling memuaskan
We (kita)
Gunakannya

Tiga Perkataan yang paling merapatkan kita
You (awak)
Dekatkannya

Empat perkataan yang sering digunakan
LOVE (cinta)
nilaikan ia

lima perkataan kebanyakan menyenangkan
SMILE (senyuman)
simpankannya

enam perkataan yang paling cepat merebak
RUMOUR (khabar angin)
hiraukannya

tujuh perkataan yang paling sukar bekerja
SUCCESS (kejayaan)
capaikan ia


lapan perkataan yang paling dicemburui
JEALOUSY (cemburu)
jarakkan ia

sembilan perkataan yang paling kuat
KNOWLEDGE (pengetahuan)
perolehinya

sepuluh perkataan yang paling penting
CONFIDENCE (keyakinan)
amanahkannya

Kawan Sejati

Kawan Sejati sentiasa bertanya khabar ....
Kawan Sejati kebiasaannya tidak peduli jika anda sedikit berbeza dari hari lain...
Kawan Sejati tidak berperangai seperti anjing dan kucing ...
Kawan Sejati akan bersama anda di mana jua anda berada!!
Kawan Sejati tidak akan ketawa pada anda apabila...

Kawan Sejati membantu anda apabila anda..
Dan kawan Sejati tidak membenarkan anda melakukan sesuatu yang membuatkan anda menyesal apabila anda melakukannya!


Kawan sejati anda macammana??????????

Thursday 14 July 2011

Kalau Saya Dapat RM300

Waaaaaaaaaaa....Contest Yang Menarik!!!!!!!!!!!!!!
Kalau Menang ni...Alhamdulillahhhh.......

Jom kita tengok apa yang menarik di sana...
blogwalking jommmm....

TARIKH TUTUP : 15 JULAI 2011

"Kalau saya dapat RM300"....saya akan masukkan RM300 ni ke SSPN bagi simpanan masa hadapan si manja saya..

Anda pulak macammana????

Haa..mana saya tau apa anda nak buat...
mmmmphh....Jangan bagitau saya...Bagitaulah pada Safra Shukry
Siapa Safra????


Saya Sudah...Anda????

Meh sini nak TAG buat kawan-kawan yang suka berblog...


Tuesday 12 July 2011

1st Giveaway Sifu + Ila

Hi!!! Geng...Giveaway datang lagi....

Kali ni blog SIFU dan ILA bermurah hati bagi peluang pada kita untuk join giveaway ni..Nak tau apa yang diorang nak bagi????? JOM followwwwww....

Tarikh Tutup : 15 Julai 2011

Hanya dua pemenang bertuah akan dipilih melalui undian oleh SIFU dan ILA sendiri. Tapi (ada tapinya)..,
kalau ramai yang join GA ni...diorang akan tambah bilangan pemenang...

Nak tau apa hadiahnya??????

Hadiah berupa loket Kristal Original yang ditaja oleh Syarikat Kristal  Asfour dari Egypt dan Topup RM30(tertakluk pada line fon yang kita pakai)

Camne nak join??


Cepat..lagi ramai yang join..lagi bertambah bilangan pemenangnya...

~..........Buat SIFU + ILA..........~

SIFU = dulunya seperti katak di bawah tempurung dan kini...wah!!da hebat!!!
 'Tempur Sang Laksamana' tapi inikah yang dikatakan jebat pendekar hebat????

Buli budak....(Gangster dengan budak kecik jer rupanya...)



ILA = KENTUT + KETOT 
~bercakap tentang Wanita dan Lelaki Sejati, Ila memang wanita sejati..
ila dah buktikan dengan KENTUTnya yang tak berbunyi tp tetiba jer ada bau..
Haha..(Betul kata ila..sapa nak ngaku kan...)
~berangan mencari putera idaman, tak sedar dia bukan di antara puteri idaman sebab ila
KETOT..
                    
Meh sini nak TAG
akma
sue
fiq

Monday 11 July 2011

Apa Itu Kawan....

Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang........

kata ayah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....(berduri)

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung nun jauh di sana.

kata sedara-mara,
KAWAN tu macam makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tapi sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata dia,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
biarlah dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
sekali kita dah kawan ngan dia
selamanya dia tetap kawan...

kata aku,
KAWAN boleh mendengar dan didengar,
KAWAN boleh mengkritik dan dikritik,
KAWAN boleh menolong dan ditolong,
KAWAN boleh memahami dan difahami,
KAWAN boleh percaya dan dipercayai,
Yang penting jangan memilih untuk berkawan
dan jangan pulak tersalah pilih kawan...mmmmphh...

Kata anda pulak...macam mana??????



Sunday 10 July 2011

1st Cemmomile Craft Giveaway

GA..GA..GA...jom join..
GA kali ni merupakan GA yang pertama dibuat oleh Cemmomile Craft.
GA ni bersempena ulangtahun perkahwinan beliau yang ke-dua pada 18 Julai 2011 nanti dan juga bersempena Cemmomile Craft yang telah menjadi sebuah syarikat berdaftar.

Hadiah yang menanti bagi pemenang utama adalah sebiji
bantal Flannel+Felt+Kekabu  bersaiz 18” x  28”
Menarik tu... Yang bestnya pemenang diberikan hak untuk membuat pilihan warna & designnya..mmmmphh...menarik kan!!!!!!!!!

Bukan itu saja...cabutan bertuah pun ada.....

Macam mana nak join????
Haa... rajin-rajin ke blog ni...cemmomile.blogspot.com atau KLIK SINI
Cepat tau...Tarikh Tutup Penyertaan : 18 Julai 2011
CEPAT..CEPAT..CEPAT..
Tag to :

Friday 8 July 2011

BUAH JENTIK


     Anda pernah tengok/makan buah ni??? Ada orang tau buah ni. Ada orang tak pernah tengok langsung buah ni. Mungkin lain negeri, lain panggilannya. Tapi kalo di sebelah utara, buah ni dipanggil BUAH JENTIK.. Ini adalah buah kegemaran aku. Memang sedap.. Tapi sekarang, da susah nak cari buah ni.

Thursday 7 July 2011

MENGENAI WANITA DAN KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang  sakit, maka Allah memberinya pahala seperti  memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan   orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulanramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,  masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r..a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu  daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang  membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu  sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!


KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI :


1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu  membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

LIMA JENIS RACUN DAN LIMA PENAWARNYA :

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Pesanan Baik

Dr.Fadhilah Kamsah menulis




Assalammualaikum. .....
     Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ....
     Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
     Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
     Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
     Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
     "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
     Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih.

Wednesday 6 July 2011

Saat Melahirkan Anak Pertama

14 Ogos 2009, 6.00 p.m (Jumaat) : Turun Darah...tanda-tanda dah nak bersalin tu..tapi orang cakap akan rasa sakit2..tapi aku tak rasa semua tu. Aku bergegas ke PPUM, masa tu dah pukul 7 p.m. Doktor pun dah tak ada. Tak la aku masuk wad..lagipun takde rasa sakit2..Nurse pun cakap kalau takda rasa sakit2..tak nak masuk lagi pun tak apa..cuma aku kena alert dengan keadaan aku dari masa ke semasa. so aku pun balik..Siap ble pergi shopping lagi..kat jalar tar keesokannya..hehe..
17 Ogos 2009, 8.00 a.m (Isnin) : Aku ke PPUM untuk pemeriksaan kerana masih terdapat lelehan darah..doktor memaklumkan jalan sudah buka 1cm. Doktor bagi aku pilihan samada terus masuk wad atau tidak kerana aku tidak ada rasa sakit2. Doktor bagi aku cuti sakit dan aku balik rumah berehat.

18 Ogos 2009, 1.00 a.m. (Selasa) : Aku dan Mr. Hubby bergegas ke PPUM kerana lelahan darah semakin  banyak..aku da dapat rasa yang penantian aku sudah tiba. Sampai di PPUM, jururawat mengesahkan laluan sudah buka 3cm..Aku terus dimasukkan ke 'labour room'. Tepat 4.29 a.m aku selamat melahirkan seorang bayi yang comel..tak dapat digambarkan perasaan aku pada masa itu, melihat anak yang mukanya sama macam aku..hehe..aku rasa macam aku pulak yang dilahirkan semula..
Muhammad Izz Daniel Bin Mohd Afizi
Berat : 2.7 kg
Masa : 4.29 a.m

Rumahku Syurgaku

     Masuk rumah baru memang memenatkan. Tapi seronok!!!!!!Macam-macam benda yang perlu dibuat/nak dibuat. Terutamanya 'renovation'... semuanya tu melibatkan kos yang tinggi. Dec 2009 aku, Mr Hubby dan baby dalam perut ni telah berpindah ke rumah baru (rumah sendiri). Rumah sewa dan rumah sendiri pada aku, lain keadaannya. Rumah sewa, tak banyak barang2 rumah yang boleh kita beli. Yelah..kalo beli banyak2 kang...nak pindah nanti, kena angkut lori bertan-tan pulak kan...Pastu kalo dah masuk rumah baru, mesti nak beli barang baru kan....
     Walaupun pada masa tu aku berbadan dua, namun ia tak menghalang aku dari berkemas. Aku masih boleh packing barang dari rumah lama dan berkemas di rumah baru.. cuma angkat-mengangkat tu, Mr Hubby lah yang buat..
     Rumah dah baru..keluarga pun baru...sebab aku akan  menerima orang baru(penyeri hidup) dalam keluarga. Aku dan Mr. Hubby akan pastikan rumah '1st renovation' siap sebelum aku bersalin dan alhamdulillah siap jugak 'Rumahku Syurgaku'..

Friday 1 July 2011

Anak IUI


     2 tahun  6 bulan perkahwinan akhirnya aku dikejutkan dengan berita yang menggembirakan. Akhirnya..berhasil juga..Aku takut kerana 2 orang kakak aku telah lama mendirikan rumahtangga tetapi masih tiada cahaya mata. Bukan disebabkan keturunan kerana keturunan mak dan ayah aku sememangnya tidak ada yang macam tu..Aku ambil keputusan untuk tidak mencuba kaedah lain lagi seperti berurut ataupun mencuba pelbagai produk yang berada di pasaran..Aku membuat pemeriksaan(kesuburan) di HKL bersama suami dan doktor mengesahkan aku dan suami tidak ada masalah apa2..doktor memberi temujanji pada aku untuk membuat HSG bagi mengenalpasti kemungkinan rahim tersumbat atau tidak.

Apa itu HSG??
HSG (hysterosalpingogram) adalah ujian sinar-X (untuk melihat bahagian dalam uterus dan tiub fallopio dan kawasan di sekeliling). Hasil keputusan HSG, doktor mengesahkan rahim aku tidak tersumbat cuma kedudukan rahim aku kebelakang (lebih kurang la ..). Doktor menyarankan supaya aku membuat IUI.

Apa itu IUI??
IUI (Inseminasi Intrauterine) adalah prosedur meletakkan sperma dalam rahim wanita untuk memudahkan persenyawaan. (Matlamat IUI adalah untuk meningkatkan bilangan sperma yang sampai ke tiub fallopio dan seterusnya meningkatkan peluang persenyawaan.)
          Ramai yang berkata bahawa IUI adalah prosedur menyakitkan tetapi sebenarnya ia bergantung kepada individu. Bagi aku, ia tidak menyakitkan..Kadar kejayaan adalah berbeza. Aku banyak berkongsi masalah dan pendapat, ada yang mengandung selepas 4 kali percubaan dan ada jugak yang tidak pernah berjaya. Bagi aku, aku bernasib baik kerana  mengandung dengan hanya sekali percubaan. Pada kawan-kawan yang senasib dengan aku, jangan berputus asa.. pada aku apa yang penting adalah kesabaran dan usaha..

     SABAR..memang sukar untuk menghadapinya..kadang2 hal inilah yang membuat pasangan suami isteri bergaduh di antara satu sama lain. Ada yang menuduh di antara satu sama lain. Mandul.. memang sentiasa di mulut pasangan masing2..sunyi tanpa anak, adalah alasan yang sering digunakan buat kaum2 suami. Kadangkala, desakan daripada ibu si suami sendiri (keluarga mertua) memberikan tekanan pada pasangan. Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan??

     Aku membuat pemeriksaan di HKL pada awal Jan 2008, dan pada Nov 2008 aku dikejutkan dengan berita yang menggembirakan. Aku bernasib baik kerana mengandung dengan hanya sekali sahaja proses IUI dan aku juga bernasib baik kerana suami aku merupakan kakitangan kerajaan..jadi aku tidak perlu risau tentang kos bagi menjalankan IUI ini.
     Selama dalam proses 11 bulan ini, aku sedang bekerja di sebuah syarikat swasta (kontraktor)..aku banyak menggunakan masa pejabat untuk berulang-alik ke HKL. Aku sering masuk kerja lewat (tengahari)..tetapi aku telah memaklumkan kepada Project Manager dan akan siapkan kerja aku terlebih dahulu. Sedar tak sedar, rupa-rupanya kelonggaran yang aku dapat di pejabat tapak tidak disenangi oleh rakan sekerja (HQ) dan aku sering disoal dan diperli.. Hasad dengki ini sampai ke pihak admin dan pengarah urusan (HQ)..sehingga aku diberhentikan atas alasan tiada projek..(Ogos 2009)
     Selang 2 bulan aku diberhentikan, Alhamdulillah..aku disahkan mengandung. Tiada yang paling menggembirakan bagi aku melainkan berita ini. Syukur Ya Allah...Mungkin ini rezeki yang Allah ingin berikan pada aku..dan aku juga percaya, setiap kurniaan anak itu pasti ada rezekinya..dan percaya atau tidak, selang beberapa bulan aku telah telah ditawarkan menjadi kakitangan kerajaan. Alhamdulillah..inilah rezeki yang Allah berikan..    

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers