Monday, 15 August 2011

Kasih Alia di Akasia TV3

Petang² sebelum berbuka puasa. Memang rasa tak best, kalau tak tengok Drama Kasih Alia di Akasia TV3. Sambil² menyediakan bahan juadah yang dibeli dari Bazar Ramadhan. Mata memang tak lepas nak tengok TV. Kalau masak .. sempat lagi curi² tengok. Setakat nie memang i like jalan citenya. My family pun suka sampaikan kalau terlupa, diorang yang tolong bukakan. Kasih Alia yang bersiaran jam 7.00 hingga 8.00 malam ini rupa² adalah sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya aka Jinggo. Part yang paling best ! Lagu yang dinyanyikan oleh Fida sendiri, bertajuk Teriakan Kalbu. Suka sangat² !


Semalam pun try cari kat Google, lirik dan lagu penuh Teriakan Kalbu. Tapi yang jumpa .. yang nie je ! Pendek benor² ! Rasanya, tentu lirik lagu tu panjang lagi. Tapi tak apa la. Mungkin dah strategi pemasaran diorang macam tu. Kena tunggu habis Drama Kasih Alia dulu, baru akan dipasarkan. Hehehehe !


Lirik Lagu Teriakan Kalbu Nyanyian Fida sendiri

Tiada lagi kan ku terdaya
Tak mungkin nadi berdenyut cinta
Kau pergi tanpa aku merela
Dan hadir saat duka

Menanti bayang muncul tiada
Setelah kau janjika ku bahagia
Kau hilang tanpa menduga
Jiwa terhenti nokhtah

Teriakan kalbu merindukan jiwa
Ngapa akhir aku terpendamnya cinta
Kan kau tinggalkan hanya tinta
Mencoret nada hampa..

So sesaper yang bekesempatan cuba tengok cerita ni.
 Kalau tak sempat cuba layari http://www.tonton.com.my/  


Antara pelakon yang menjayakan drama Kasih Alia ini adalah Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Iqram Dinzly (Qabil), Sheila Rusly (Yuhanis), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain



Sinopsis Kasih Alia

Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.

Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.

Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.

Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.

Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.

Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers